traveller
i wish that i can be traveller




posted : Thursday 15 November 2012
title : 151112

Aku hidup aku memang tak adil.
Aku cuma nakkan kebebasan tapi, Mak aku tak faham aku. Masa ni lah aku nak merasakan kehidupan. bukan terperap dalam rumah macam orang bodoh. Aku nak kebebasan macam remaja-remaja lain. Aku nak bersuara pun tak boleh. Aku selalu di paksa belajar. aku baru form 4 kot, relex lah akhir tahun. Tahun depan baru SPM. Mak aku selalu cakap "sedarlah kau tu cuma menumpang je kat rumah ni" bayangkan time aku baru 10 tahun. apa perasaan aku? aku masih budak lagi. bila first time aku dengar mak aku cakap macam tu kat aku. aku rasa macam nak mati je. Hah, tapi sekarang aku dah biasa. Mak orang lain tak oernahh pun nak cakap macam tu kat anak dia. Cuma aku, aku dengan abang dan kakak aku. Aku dah biasa dengar perkataan tu. Tak memberi apa-apa kesan pun kat aku.

Hati aku celaru, kadang-kadang aku fikir mak aku sayang aku ke tak. Dan pernah terlintas kat fikiran aku, aku ni cuma anak angkat je ke? Mak aku selalu ungkit yang dia jaga aku masa kat hospital 7 hari. tak balik rumah langsung. Aku faham pengorbanan dia. Aku tak pernah nak ada penyakit tu. Aku tak pernah nak menyusahkan aku. Kalau boleh aku nak usaha sendiri semua. Tapi aku tak boleh.

Bila sekali mak aku marah kat aku dan memberikan kata-kata maki. Ianya akkan memberikan kesan yang mendalam dalam diri aku. Ia mengambil masa yang lama untuk pulih. 

Siapa yang nak kewujudan aku dalam dunia ni? bukan Mak dan Bapak aku. Mereka mesti tanggung resiko yang bakal mereka hadapi.

posted : Friday 1 June 2012
title : Engllish.
farewell may... hello june!
sekejap jea masa berlalu dan aku masih rindu 2011. aku masih tak paham apa yang diaorang kata Form 4 honeymoon? aku masih tak merasakannya. nanti naik cuti sekolah menanti folio account. 

so sepanjang cuti sekolah ni. aku berasa sangat bosan dan ada bagusnya kalau aku baca novel bahasa inggeris. dan aku ada satu-satunya novel bahasa inggeris yang aku beli pada tahun lepas. aku baca baru sampai 60 m/s je lepas tu buku tu aku biarkan buku itu menghilang entah kemana. boosaaan disebabkan bahasanya yang terlampau bombastik! dan aku tak paham ditambah pula aku ni seorang yang sangat pemalas untuk menyelak helai-helaian kamus tersebut. dan pada saat itu ada novel yang lagi menarik minat aku.

dan kini selepas 7 bulan berlalu. aku mencari kembali buku tersebut. dan kini helaian muka surat yang telah aku baca, termasuk helaian muka surat yang telah aku baca tahun lepas, semua sekali berjumlah 110 m/s banyak jugak tu. dan sebenarnya jalan ceritanya amat menyeronokkan hihihi. dan sekarang ni aku tengah ketagih membaca novel tersebut. ouh yahh tajuknya 'mini shopaholic'. goodbye!